Wednesday, December 30, 2009

new year

lagi satu hari nak masuk new year. alhamdullilah aku masih lagi bediri disini sebagai seorang manusia. Tahun ni aku start dengan final semester aku! aduh sedar2 dah nak ke penghujung dah . best doh . rase nak belajar lagi je kalau ada rezeki .tahun ni aku dah lalui banyak benda . macam macam insiden yang dah berlaku tanpa aku mahu . rasanye aku dah banyak kali dah tulis kat sini . tapi tape aku nak recall balik . aku hilang seorang kawan yang agak rapat di uitm sbb eksiden. aku menemani kawan aku yang kehilangan emak which is sangat menyedihkan . aku menyaksikan sendiri rumah terbakar dan tragedi eksiden yang sangat ngeri di depan mata aku sendri . bergaduh dengan lecturer uitm atas dasar yang aku tidak salah . masalah2 berat yang lain yang aku rasa terlalu sulit untuk di heboh kan .memang sangat2 perit .pekara seperti aku di tindas, aku dibiarkan macam sampah jugak , aku lost , aku lupe family and kawan , aku xpandai bahagi masa , orang take advantage , kutuk mengutuk ,perang sana sini tu dah jadi mcm rutin harian aku . tapi dalam masa yang sama aku besyukur. aku besyukur atas ape yang aku dah lalui .dan aku sedar ada lagi orang lain yang lebih perit lagi daripada aku . jadi aku kuatkan semangat untuk terus lagi perjalanan. tahun ni ajar aku untuk lebih kuat . lebih memahami sekeliling dan lebih menerima.dalam masa yang sama mengajar aku untuk jadi lebih cold. xambil pedulik dan membebaskan firasat aku terhadap orang lain . aku bosan dengan sikap orang yang selalu membuat aku macam bodoh tapi aku x bertindak . aku bosan dengan cacian yang sering aku terima sehingga boleh menimbulkan pergaduhan .bosan dengan hipokrasi yang merugikan . jadi aku amik langkah untuk sentiasa menerima , besabar dan mengurangkan penilaian. kawan2 , maafkan aku kalau aku pernah mengabaikan kalian , maafkan aku jika aku terkasar dan maafkan aku jika aku xamik pedulik . aku ingin benda itu terjadi. sbb aku ingin merasai apa yang mereka rasakan . haha! cibai kan , tapi tu ah . aku pun orang jugak .

mungkin tahun depan dah xmacam tu kot. azam aku sejujurnya nak travel! tapi yang lainnya aku nak lebih fokus kat 1) future aku . aku nak mula bimbing diri aku sendri slow2 . itu yang aku nak .bimbing dari segi akhlak aku , duet aku , belajar aku sumelah. 2) aku nak mengawal sifat paranoid , dendam dan bengang sorang2 aku nih . haha! aku ade dis problem yang kalau2 apa2 jadi yang boleh buat aku marah aku diam . aku bebel la tapi aku akan akhiri dengan " ugh biala , gi mampos ah ." tapi pada dasarnya aku xpuas hati gak . so aku nak start dengan perasaan walau apapun jadi aku ttap nak sabar sudah. hehe. 3) aku nak pandai kawal masa aku . aku banyak miss benda ni .aku miss amik gambar ngn lini . aduh mesti die mara .aku da xle wat pape. aku pun tataw asal aku xle wat pape. aku miss event here and there. haha! tah la . kali ni aku nak betul kan time aku balik. so pasni xmiss banyak benda 4) belajar lebih menerima situasi daripada mengikut kepala sendri. dan sape yang bace no 4 ni buat lah benda yang sama. 5) aku nak kawal emosi aku dan mantapkan kekuatan perasaan aku .pasni aku nak jadi mcm batu pn best gak. banyak lagi ah kalau nk di listkan . tapi yg aku tahu untuk hasilkan semua ini aku kene sacrifice banyak benda . sepanjang perjalanan tu aku mungkin akan hilang kawan , aku akan hilang life biasa aku dan banyak lagi .tapi tapela aku bukan makin muda aku makin tua

cmtula azam aku . skali lagi aku igtkan kepada semua yang baca ni dan kenal aku . maafkan aku atas perbuatan aku selama 2009 ni ,harap dapat lah dilupkan . maafkan aku kalau aku ni kasar , cibai ,last minute text , fon xangkat and all , janji kosong sume lah. maaf . insyallah abes final nih kosong la sket aku so bole la fill in the blanks here and there. aku harap korang sume besabar sbb aku tengah tune in aku punye diri.

kepada keluarga aku .nothing cant describe how much i love you guys , thanx

kepada izzaz, aku sayang ko

kepada ollie ika wanie hanis mandy bela petchai oren alip joe rahim . terima kasih kerana faham aku dan karenah aku tanpa mempersoalkannya. aku rasa itu yang paling penting utk aku sekarang ni .maaf kalau aku ni sengal dalam urusan waktu dan konon2 nya bz memanjang. haha! thanks sgt2. i do appriciate it and hope u guys didnt get mad.

yang lain . maaf atas masa , perbuatan dan petuturan aku. insyaallah new year ni akan jdi yng lbh terbaik

so 2010 , here i come

Tuesday, December 22, 2009

dear family

i make mistake by avoiding you guys
i didn't help anything at all
didn't participate
didn't care
because i hate looking through you guys
things that you said making me angry
even though it just a joke
the way you look at me
and you judge me
make's me wanna kill you
everything was wrong
it felt so unfair
so i think its better that way
i did things on my own
i travel
i put my friends first
and that time its all about having fun and future for my own self
but then
i realize im wrong
and i felt so stupid
because i already loose once
and still i don't get it
so from now on
i decided to change
i will try my best to get into you guys
be with you guys
spend more time
do anything that you ask for
even though its killing me
coz i know
sumday somehow
i'll fine the sunshine throughout the way
and to do that.
i need your help
please understand
and give me support
to be better.
and to love me more
because wut im trying to do here
i didn't expect any return
i just dont want to regret myself
of loosing you guys anymore.
amin.



p.s:this goes to all the family , the big and the small one.x)

Sunday, December 20, 2009

episode

dah lame aku tak menulis dengan panjang kan. hari ni aku nak tulis2 lagi la. aku baru berkesmpatan untuk tgk muvi yang sangat banyak . have fun yang btul2 dan berjalan2 . jadi secara logiknya aku tak buat ape kerja bagi smester 6 aku lagi pun . adoi! baru aku sedar aku dah smester 6 dah . maama , anak mama ni dah masuk smester 6 dah bagi diploma , dah besar dah anak mama kan. huhu . aku rase mcm kejap je aku blaja. infact aku mcm rase ilmu yang aku kaut mcm sket je selama tiga tahun pembelajaran aku kali ni . tapi pengalaman yang aku rasakan sangat meluas dan aku bersyukur atas apa yang aku lalui.

sepanjang cuti ni aku dah pergi ke event art expo ,raja shahriman: rhythm of 21st century, rantai . aku xpegi ke event lain atas xsmpt. aku menelaah banyak painting , printmaking , digital art , graphic sculpture dan banyak lagi yang menarik. ohh btw aku juga dah berjaya beli barang impian aku dengan duit arwah mak aku iaitu camera dslr canon 500d, terima kasih mama , alhamdullilah. aku banyak beli buku2 karya untuk rujukan , buku2 ilmiah dan buku pandangan sosial . aku pun dah mula baca buku yang panda bagi aku pinjam tajuk buku tu "do the hear you when u cry" dan buku tu sangat best.the rest of my activities is watching movie , karoke , berpesta dan hanya makan2 kadang2. and mostly watching movies.

antara tu semua aku paling terasa dan sentap skali adalah muvi papadom , talentime n raja shahriman tuh . bagi buku plak aku skrg tgh asyik melayan novel yang panda bagi tu .sgt sedih. memandang kan aku sangat bersemangat nak becerita. so aku akan perkembangkan semua.

bagi muvi papadom n talentime. cuti ni baru aku berkesempatan untuk tgk , walaupun agak terlambat aku tetap menghayatinya . sejujurnya itulah movie yang terbaik bagi aku yang telah malaysia hasilkan untuk tahun ini. sangat simple . kene dengan apa yang mampu lakukan . tapi cukup untuk buat hati aku sungguh -sungguh tersentuh atas penyampaian . sememangnya adflin shauki dan arwah yasmin ahmad mmg seorang anak seni yang hebat dan itu tidak boleh dinafikan.filem tu mengingat kembali pada pada apa yang telah aku hilang dan apa yang aku akan hilang.sesugguhnya aku pernah merasakan sesuatu kehilangan yang sampai bila2 aku xkan pernah lupakan . seolah2 kau nak pegang tapi xkan pernah boleh, kau rase kau kehilangan rasanya. kepanasan pelukan , sentuhan dan ciumanya. bisingnya yang dahulu kadang2 memeritkan . aku mmg rindu. sangat- sangat rindu dan tidak ada pa yang boleh menggantikan apa yang aku dah lalui. aku besyukur terhadap ilahi atas apa yang aku dapat sebelum ni , sebelum ia pergi. aku masih merindukan baunya yang sungguh wangi , ilmu yang diberikan kepada aku dengan cara yang sangat unik . aku mmg betul2 merinduinya . tapi aku takkan pernah mampu merasakan apa yang aku telah rasakan sebelum ini . yang hanya mampu aku lakukan adalah menngu dia datang dalam mimipi aku. jadi aku pernah rasa kehilangan yang btul2 halus tapi pedih. jadi aku tak sanggup untuk merasakannya untuk kali kedua .tapi aku sedar dan aku faham atas kitaran yang telah ditetapkan . semuanya akan pergi dan berakhir. aku tak mampu untuk melihat kalau ayah aku pulak yang pergi , aku risau atas kesihatanya. ayah aku selalu cakap pasal kematian yang seringkali menakutkan aku. tolong lah ya allah. berikan aku lagi masa untuk bersamanya. aku merasakan kehilanggan sekali ,tolong lah bukan untuk kali kedua. bantu aku untuk lebih tabah kali ini . aku sanggup lakukan pa saja demi kebahagian ayah aku. bila aku tgk cerita papadom dan talentime ia menyedarkan aku pada apa yang aku lupa. tanggungjawab aku sebagai seorang anak. dimana letaknya aku? dulu aku selalu meletakkan kawan aku dahulu tanpa aku sedari. bila difikirkan balik , aku dah salah. dan aku cuba untuk betulkannya satu demi satu. alhamdulliah ia kembali baik sedikit demi sedikit. aku besyukur. terima kasih.

dengan raja shahriman the rhythm of 21st century telah mengejutkan aku dengan apa yang aku lalui. aku tahu mungkin apa yang cuba beliau sampaikan bukan lah apa yang aku cuba ceritakan sekarang ini ,tapi inilah perspektif dari pihak aku. disitu beliau cuba memberitahu bahawa peperangan yang seringkali berlaku hanya akan tewas. beliau ada menulis disitu di karya nya yang "dua pahlawan bisu sedang berperang" " konflik dalam islam itu sendiri " " akhirnya perperangan tiada akhirnya, semuanya akan tewas" .bagi aku apa yang diberitahu adlah untuk aku sendiri .aku cuba melawan segala dugaan yang aku tahu itu membahayakan tapi dalam masa yang sama aku sudah pun memasuki lingkaran yang berdosa itu . aku sendiri bergelut dengan agama aku sendiri walauoun aku mengutuk kebodohan agama lain. peranan anak2 tiga segi yang tidak akan pernah putus. bila aku fikirkan balik aku hanya mampu bersuara tapi tidak mampu melakukan apa2 . mcm seorang pahlawan bisu yang sedang cuba berlawan tapi diri sendiri sudah dibakar api. apa yang dilihat kuat hanyalah kelemahannya. kita sebagai manusia ingin menentang sesuatu yang tidak kita sukai. tapi sedarkah kita bahawa kita sendiri masih berperang dalam isu sosial, masyarakat dan agama..dan yang paling penting , diri kita?. aku dengan dunia seni aku , dengan masyarakat sekeliling aku dan juga dengan amalan yang gunakan sekarang ini. manusia yang tidak pernah henti gerak gerinya yang pasti akan akhirnya tewas. aku keliru . aku keliru dimana kah kaki aku berada sekarang. adakah aku seorang umat islam yang sebenar atau aku hanya atas dasar nama yang berwatakan setan? aku cuba untuk mengubahnya tapi aku seringkali disuapkan dengan hiburan yang akhirnya tidak mendatangkan apa2. jadi dimanakah sebenarnya aku sedang berperang. dan mmg raja shahriman sangat berjaya menyampaikan apa yang ingin disampaikan. bagi aku peperangan yang cuba dia maksudkan bukan lah peperangan yang ada di mata dunia sekarang ini . tapi peperangan diantara dalam individu itu sendiri . kitalah pahlawan kita lah wira dan kita jugalah si durjana yang tewas. jadi apakah penyelesaiannya?. itu yang aku rasakan. beliau mmg hebat.

jadi disinilah aku . meneruskan lagi langkah dan gerak diri ku untuk mencari kebenaran dan kebahagian . dengan kuasaNYA , aku percaya aku akan berjaya. aku yang disangka gagah dimata orang lain hanyalah seorang anak perempuan kecil yang cuba mencari diri nya sendri tapi lemah.